FORUM AWAM – Penambakan: Ancaman Sebuah Bom Jangka

FORUM AWAM
Penambakan: Ancaman Sebuah Bom Jangka
Tarikh: Isnin, September 16, 2019 (Hari Malaysia)
Masa: 14:00-17:00 petang
Tempat: RECSAM (Seameo Hall), Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Pulau Pinang

Anjuran: Penang Forum
Bahasa: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Ia cukup serius untuk kerajaan negeri tahu bahawa mereka sedang terjerumus ke dalam perkara yang tidak difahami. Lebih buruk lagi, persekitaran Pulau Pinang adalah seperti gunung berapi yang menunggu ketika untuk Meletus . Kita sedang memijak bom jangka yang berdetik… “ – Prof Zulfigar Yasin

Penambakan persisiran pantai kelihatan menjadi strategi pembangunan arus perdana di Malaysia , sedang kini menjadi sasaran persaingan bagi 9 negeri walaupun sudah diketahui bahawa penambakan dan perlombongan pasir akan membawa impak-impak buruk kepada persekitaran marin dan perikanan. Di Pulau Pinang, kejadian kematian ikan yang tercetus oleh Taufan Lekima yang telah pun dikemukakan peringatan amaran pencemaran melalui aduan-aduan terkumpul tentang projek-projek penambakan semasa. Jika projek Penang South Reclamation diteruskan, beratus-ratus nelayan pantai akan kehilangan kawasan menangkap ikan dan mata pencarian mereka.

Asalnya penambakan diilhamkan sebagai satu cara untuk membayar Penang Transport Master Plan (PTMP), dengan justifikasi yang diteliti semula bagi tiga pulau sekarang, ia adalah untuk menyediakan pertumbuhan masa depan Pulau Pinang. Apakah nanti Pulau Pinang dapat mencadangkan Pelan Induk Pengangkutan yang lebih realistik dan mampu dibiayai dan seterusnya penambakan dapat dielakkan sepenuhnya?
Dengan peningkatan kesedaran mengenai kenaikan aras laut , perlukah Pulau Pinang mengambil risiko mewujudkan tanah rendah yang baru? Atau patutkah pertumbuhan masa depan Pulau Pinang yang menumpu di pulau secara terlebih pembangunan dengan wajar diarahkan semula dengan ke Seberang Perai, iaitu di mana pembangunan lebih diperlukan?

Di bawah panji-panji Penang Tolak Tambak, 200 nelayan dari Pulau Pinang dan Perak telah berarak ke Parlimen pada 11 Julai, bersama-sama dengan Penang Forum, untuk menghentikan Penang South Reclamation. Perbahasan di Parlimen telah membawa isu ini kepada perhatian negara. Apakah sebab sebenar kerajaan negeri Pulau Pinang begitu bersungguh-sungguh untuk meneruskan projek penambakan kontroversi serta membinasakan ini? Mari kita bincangkan di Forum awam ini.

 

TENTATIF PROGRAM
2.00 p.m. Pendaftaran
2.15 p.m. Ucapan pembukaan oleh En Mohideen Abdul Kadir
2.25 p.m. Filem 1
2.30 p.m. Apakah Penang South Reclamation – Puan Evelyn Teh, Penang Forum
2.50 p.m. Impak Reklamasi dan Perlombongan Pasir di Malaysia – Dr Mohd Yusoff Ishak, UPM
3.20 p.m. Sesi Soal Jawab
3.40 p.m. Filem 2
3.45 p.m. Perbincangan Panel (Moderator: Andrew Han)
Encik Nazri Ahmad, Pengerusi, Persatuan Nelayan Pulau Pinang
Encik Mahadi bin Mohd. Rodzi, Ketua Kawasan Seberang Perai
Khoo Salma Nasution, Penang Forum
4.15 p.m. Kesimpulan dan Cadangan oleh Dr Kam Suan Pheng
4.30 p.m. Minum petang
5.00 p.m. Bersurai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s